Setelah sekian lama menantikan arus pembangunan di kawasan terusmadi, usaha kerajaan BN melalui agensinya SLDB yang akan dilaksanakan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk setempat amnya di kawasan terusmadi. Namun pun demikian terdapat segelintir masyarakat yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin masyarakat setempat yang masih tidak memahami niat ikhlas kerajaan negeri untuk membangunkan tanah seluas 10,000 ekar di kawasan hutan simpan terusmadi yang berkonsepkan penanaman secara berperingkat melalui tanaman kelapa sawit. Persoalanya di sini, mengapa ada sebilangan penduduk yang harus menentang, mengapa ada golongan yang masih tidak memahami niat baik kerajaan dan mengapa terjadinya puak-puak atau kumpulan-kumpulan kecil yang boleh menghalang usaha kerajaan untuk merubahkan keadaan penduduk setempat di kawasan terusmadi?
Kesimpulan di sini, apakah benar kerajaan serius membangunkan kawasan seluas 10,000 ekar di kawasan terusmadi demi untuk pembangunan rakyat atau sekadar bermotifkan keuntungan dari beberapa pihak semata-mata ataupun bermotifkan politik? Kalau kita mengguna pakai pepata melayu yang berbunyi " takkan pokok bergoyang kalau angin tak bertiup"? adakah pepatah ini benar? sedangkan seekor monyet pun dapat menggoyangkan pokok walaupun angin tak bertiup? Ini bermaksud, segelintir masyarakat atau penduduk yang menentang kehadiran SLDB untuk membangunkan kawasan tanah tersebut mungkin mempunyai sebab-sebab yang tersendiri. Kita tidak boleh mempersalahkan sepenuhnya terhadap golongan yang mungkin menjadi batu penghalang kepada usaha untuk memajukan kawasan tersebut tetapi hendaklah mengambil pendekatan yang serius. Mungkin sebab-sebab mereka benar dan mungkin sebab-sebab mereka sebaliknya. Apakah kita harus belajar dari kesilapan lampau, atau apakah kita harus belajar dari pengalaman yang lalu.
Cuba kita renungkan suatu peristiwa kira-kira 20 tahun yang lalu di mana kawasan perhutanan terusmadi sangat kaya dengan dengan flora dan fauna serta sangkat kaya dengan sumber-sumber hutan seperti kayu balak yang hidup ratusan tahun atau jutaan tahun dan puluhan spesies rotan. sesuatu kawasan hutan yang mungkin pada masa kini bertaraf Hutan dara atau hutan kelas A yang mungkin menjadi tumpuan serata dunia untuk mengkaji rangkaian hidupan Flora dan Fauna. Tetapi hakikatnya apa yang terjadi, segalah-galanya hancur setelah tewasnya parti berjaya kepada parti PBS pertengahan 80an membuatkan perancangan yang telah dilakukan Tan Sri sofian koroh untuk pembangunan terusmadi ibarat mimpi tinggal mimpi apabila kerajaan PBS mengambil ahli tampuk pemerintahan sabah pada masa itu. Yang paling malangnya, kemasukan pembalakan dan penerokaan hutan di kawasan terusmadi sehinggakan menengelamkan atau menghancurkan warisan dunia yang telah dicadangkan oleh Tan Sri Sofian Koroh. Yang lebih memeritkan lagi apabila hutan warisan itu telah diterokai sewenang-wenangnya tampa perancangan yang rapi serta kemasukan pembalak-pembalak haram yang mengakibatkan pencamaran sungai-sungai, menghapuskan habitat hidupan dan penyumbang utama kepada kerosakan tanah. Dimanakah suara masyarakat terusmadi yang amat daif dan satu bangsa yang sangat mundur serta ketinggalan pada masa itu. Siapakah pemimpin-pemimpin yang harus bertanggungjawap dalam hal ini. Siapakah yang harus dipersalahkan? Apakah dengan kedaifan serta kemunduran masyarakat terus madi harus dipersalahkan dalam hal ini atau pemimpin-pemimpin politik yang mengambil kesempatan kepada keadaan masyarakat, tamak haloba, rakus, yang pentingkan kekayaan sendiri, penipu, pengkhianat bangsa dan sebagainya. Wahai pemimpin-pemimpin politik dan individu-individu serta golongan-golongan yang terlibat, dosa kalian kepada masyarakat serta bangsa kami di kawasan terusmadi tak dapat ditebus walaupun ratusan tahun yang akan datang.
Dewasa ini, masyarakat terusmadi suda mulai matang dan sudah mulai mengorak langkah ke hadapan. Sikap berlumba-lumba untuk memajukan taraf hidup, ekonomi dan pendidikan mulai kelihatan. Kami kini suda faham akan maksud kemajuan, pembangunan, perubahan serta politik. kami tidak mahu terus hidup untuk dipolitikkan oleh golongan tertentu lagi dan kami tidak mahu terus ditipu, dipergunakkan seperti situasi yang telah berlalu. Kami cuma mahu kemajuan kepada bangsa kami yang ikhlas, kami cuma mahu perubahan yang benar, pembanguan yang sama rata serta pendidikan dan kesihatan yang seimbang. kami tidak menginginkan kemajuan seperti Kuala Lumpur. cukuplah sekiranya kami ada perubahan bermula dari keperluan infrastruktur
Inilah hakikat yang harus di hadapi oleh wakil rakyat N37 sook bahawa, untuk membawa masyarakat kepada satu kemajuan adakalanya menemui jalan buntu sekiranya kegagalan wakil rakyat atau agensi kerajaan tersebut atau pemimpin-pemimpin masyarakat untuk memberikan pemahaman yang mendalam mengenai perancangan dan perubahan yang bakal dilakukan. Sekiranya hasrat kerajaan untuk memajukan kawasan terusmadi gagal, siapakah yang harus dipersalahkan? Siapakah yang harus bertanggungjawap dalam hal kemajuan kawasan seluas 10,000 ekar sekiranya agensi kerajaan terbabit lepas tangan? Inilah yang dikatakan politik, apakah sejarah silam akan berulang semula, apakah luka lama masyarakat terusmadi akan berdarah semula. Apakah tanah yang dijanjikan seluas 10,000 ekar untuk dibahagi-bahagikan kepada masyarakat yang layak menjadi kenyataan sekiranya terjadi pertukaran tampuk pemerintahan kerajaan negeri sekiranya BN tewas di sabah?Persoalan di sini, apakah mungkin terjadi sekiranya tanah yang dibangunkan oleh agensi kerajaan negeri sabah melalui SLDB di bawah pemerintahan BN akan kekal menjadi milik masyarakat setempat? permainan politik sememangnya sukar untuk diduga?
Oleh itu kami merayu kepada wakil rakyat atau agensi yang terlibat agar dapat memberikan pemahaman yang mendalam mengenai dengan rancangan pembangunan dan perubahan masyarakat setempat agar perlaksanaan pembangunan dapat dijalankan dan diteruskan dengan jayanya. Kepada wakil rakyat N37 sook, tugasan anda masih jauh demi masyarakat kami di terusmadi. Selamat maju jaya.
By me : Putera Terusmadi.