Kehadiran parti politik PAS baru-baru ini di kawasan terusmadi bukanlah semata-mata untuk menziarahi umat islam di kawasan ini tetapi adalah untuk mencuba menyuntik atau menanamkan kebencian masyarakat dan juga coba untuk mengelirukan fahaman masyarakat kepada pentadbiran Barisan Nasional di kawasan N37 amnya. Bagi kami penduduk di kawasan terus madi sebenarnya mengalu-alukan kehadiran sesiapa pun parti politik yang datang asalkan ianya mampu memberikan gambaran mengenai dengan perubahan, kemajuan dan pembangunan di kawasan terusmadi.
Sekiranya PAS mengatakan UMNO atau BN adalah penipu, maka PAS juga telah membawa meseg yang jelas kepada masyarakat di terusmadi bahawa PAS juga adalah seperti parti politik UMNO atau BN yang boleh dianggap penipu, pembohong dan sebagainya. Masyarakat di terus madi mungkin boleh menggangap bahawa kerajaan barisan nasional gagal untuk membawa perubahan yang memberangsangkan apatalagi kawasan N37 di bawah kuasa PBRS. Masyarakat terusmadi suda bosan diperalatkan, diperggunakan dan diperbodohkan oleh fahaman politik sesuatu parti politik demi semata-mata memperjuangkan agenda dan matlamat politik individu dan golongan tertentu.
Kami mahukan perubahan, kami mahukan pembangunan dan kami mahukan kemajuan dan bukanya sering dipergunakan oleh golongan politik yang hanya sekadar menaburkan janji-janji manis, angan-angan kosong serta memberikan bayangan mimpi-mimpi yang menkjubkan. 30 tahun suda berlalu, sejak pentadbiran USNO, berjaya, PBS dan BN, pemimpin silih bertukar ganti dan masa demi masa berlalu, kawasan terus madi masih tidak banyak berubah. Sekiranya kita mungkin memberikan peluang kepada pentadbiran PAS dan amnya pakatan rakyat (PR), berapa lama lagi harus kami nantikan perubahan sedangkan senario keadaan pakatan rakyat di semananjung dilihat agak goya serta sering menyerang keperibadian orang lain demi untuk fahaman politik sendiri.
Bagi kami masyarakat terus madi UMNO, BN, PAS adalah sama. Kami dibaratkan keluar dari mulut buaya, masuk ke dalam mulut naga. Keadaan sentiasa tidak berubah dan pemimpin-pemimpin parti memerintah sering membuat alasan-alasan yang tidak boleh diterima atas dasar-dasar janji semasa pilihanraya. Walau bagaimanapun, kalau dilihat dari sudut positif, masyarakat terus madi mulai faham akan keadaan situasi semasa berhubung dengan corak keadaan politik masa kini. Tentunya kehadiran PAS baru-baru ini di kawasan terus madi adalah semata-mata menghina, memperbodohkan masyarakat setempat dan mempergunakan kesempatan yang ada demi agenda politik peribadi. Sungguh tidak terduga bahawa kehadiran PAS dengan membawa maksud keagamaan mempunyai maksud yang terselindung di samping menjatuhkan imej parti politik sendiri iaitu PAS sendiri. Masyarakat kami bukan FAKIR MISKIN, kami amat kaya, kami amat bertuah hidup di suatu kawasan tanah yang subur dan kaya dengan hasil hutan. Tetapi dengan kerakusan, pembohongan, penipuan, tamak haloba sikap-sikap pemimpin terdahulu seperti sikap yang anda tunjukkan sekarang, membuatkan kami menjadi mangsa, masyarakat kami mundur, masyarakat kami tiada kemajuan dan sering dijadikan alat untuk mencipta kekayan orang lain. Masyarakat kami suda dewasa, masyarakat kami tidak bodoh dan masyarakat kami bukan FAKIR MISKIN. Masih ada seseorang yang sentiasa melihat dan mengikuti perkembangan mengenai keadaan penduduk setempat di kawasan terusmadi dan janganlah menggangap bahawa masyarakat kami dan bangsa kami amat lemah serta senang untuk dipergunakan.
Kami mengambil kesimpulan di sini bahawa, sekiranya PAS hendak membawa fahaman politik berunsurkan keagamaan di samping memburuk-burukan pihak lain maka, ia telahpun memburuk-burukkan imej pati politik itu sendiri. Apa pun bagi kami masyarakat terus madi, sentiasa menantikan satu perubahan yang jujur, yang ikhlas dan kami masih menantikan janji-janji PBRS semasa pilihanraya ke-12. Kepada wakil rakyat N37 sook, kami masih boleh bersabar menantikan janji-janji anda dan kami masih mengharapkan impian yang anda taburkan kepada masyarakat kami menjadi kenyataan. Kami faham, anda telah banyak mengaut keuntungan hasil sokongan kami kepada anda selama ini dan semestinya itu tidak dapat dinafikan. Kepada PAS, sekiranya anda ingin memasang cita-cita untuk bertapak di Gunung terusmadi, hendaklah memasang cita-cita setinggi langit, tak dapat mengapai langit, mengapai awan pun suda cukup memadai. renung-renungkanlah dan fikir-fikirkanlah.
Dari saya
PUTERA TERUSMADI

No comments:
Post a Comment